Wednesday, May 25, 2011

Warkah Buat 'H'

Assalamualaikum,H..
   Apa khabar?Saya harap awak dalam keadaan baik...
Saya tahu hari ini awak berasa kecewa,hambar dan sedih.. bersabarlah,Allah sentiasa bersama awak...


   H,saya tahu perasaan awak,pasti sakit rasanya... Awak berusaha teguhkan diri awak dalam menghadapi semua dugaan dan ujian daripada Allah ini.. H,ingatlah,Allah tidak akan takdirkan semua ini tanpa sebab...


   H,pergilah bersama kekasih awak,rugi kalau tidak mendekati-Nya. H,Dia tahu setiap perasaan awak,lebih daripada awak fahami perasaan awak. 


   H,sama seperti awak,hari ini saya menangis. Saya tidak tahu ingin luahkan perasaan saya ini kepada siapa.. Tapi,saya sedar,dan saya terus berusaha mencari-Nya...saya ingin merasai Cinta-Nya dan bukan cinta manusia  lelaki ajnabi.. 


   H,walau apapun yang terjadi kepada awak,ingatlah bahawa awak ada Allah yang sentiasa bersama awak. Bertakwalah kepada Dia,dan bersahabatlah dengan Iman yang dapat membahagiakan awak di dunia dan akhirat kelak..


   Sabarlah wahai Hatiku,sesungguhnya Allah itu Maha Penyayang dan Maha Adil... Aku akan berusaha untuk menggapai Iman untuk diisi bersamamu... 
Kalau aku tidak mampu untuk mengubah semua ini,marilah kita bersama Ber'uzlah demi agama dan Imanku..BANGKIT DAN BERSABARLAH WAHAI HATI!!!ALLAH SENTIASA BERSAMAMU..!!

No comments:

Post a Comment