Saturday, April 30, 2011

Istikarah Cinta


Assalamualaikum...
I got a song to share..I log on a blog that I found.. all the content I copy from the blog.. This song is really touching for me...
Ya Allah,just I realize,when I love someone,I don't think I love him because of Allah..
Ya Allah,berikanlah Hidayah dan petunjukMu kepada kami.. Jauhkanlah dia daripada aku,Ya Allah,agar tidak menimbulkan fitnah dan dosa lagi.. tidak mungkin aku mencintai seseorang kerana ingin merosakkannya.. ,kerana aku tahu,hatiku mungkin goyah jika lelaki yang aku anggap baik dan  taat kepadaMu hadir dalam hidupku nanti. Ya Allah,bila suatu hari aku jatuh cinta lagi,jadikanlah cinta itu membuatkan aku lebih dan sangat mencintaiMu..kerana aku tahu,CintaMu tiada tandingan.. Buat masa sekarang Ya Allah,lindungilah aku dan teguhkanlah hatiku ini.. Amin... 




Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh do'a

Sebut nama MU terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman


Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukMU
satu nama teman setia
Naluriku berkata


Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

diistikharah cinta...

DOA ISTIKHARAH

"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya".

mujahidah : dalam melakukan istikharah,pastikan seiring dengan amalan seharian kita.Ditakuti,jika banyak amalan maksiat kita seharian itu,membuatkan Allah menghijab jawapan yang sebenarnya.Tapi andai ditaqdirkan jua dengan pilihan yang salah,anggap sahaja ia tarbiyyah untuk diri dan ada hadiah special menanti.Allahuakbar!segalanya dalam "tanganNYA"Cuma ingat!ustikharah bukan habya untuk hal jodoh,tapi juga untuk perkara yang lain.Allahua'lam!

No comments:

Post a Comment