Wednesday, March 16, 2011

Al-Qamar


Telah hampir saat (kedatangan hari kiamat) dan terbelahlah bulan. (Surah Al-Qamar 54: Ayat 1)
Bulan Yang Terbelah
Dalam Hikayat Nur Muhammad dan Nabi Bercukur dan Nabi Wafat misalnya, ada diceritakan mengenai kisah bulan terbelah ini, pada bahagian kedua dari tiga bahagian yang ada, iaitu: Hikayat Nabi Bercukur iaitu menceritakan mukjizat Nabi SAW, kisah bulan terbelah. Hikayat ini telah diterjemahkan ke dalam rumi dengan tajuk Bunga Rampai Sastera Melayu Warisan Islamterbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
Para pembesar itu mencabar baginda supaya menunjukkan mukjizat yang mereka mahu melihat sendiri melalui mata kepala walaupun mereka sepatutnya telah beriman dengan pengalaman perjalanan Nabi Muhamad sepanjang Israk dan Mikraj itu yang lalu, adalah benar.
Mereka berkata, “Jika kamu seorang yang benar (seorang nabi yang diutuskan oleh Allah) belahkan bulan yang sedang mengambang penuh pada malam ini kepada dua bahagian”.
“Adakah jika permintaan ini dipenuhi, kalian berjanji untuk menerima dakwahku dan kita semua bersama-sama menyembah Allah, tuhan yang satu?” kata baginda pula.
Pembesar-pembesar itu pun menganggukkan kepala tanda bersetuju terhadap syarat yang Rasulullah berikan. Lalu baginda pun berdoa dan memohon kepada Allah untuk membelah bulan sebagai perkara yang luar biasa untuk dijadikan tanda dan bukti kekuasaan Allah Yang Maha Tinggi. Sejurus kemudian tanpa disangka oleh para pembesar Quraisy itu mereka dapat menyaksikan sendiri bagaimana bulan mengambang penuh yang menghiasi langit pada malam itu bukan sahaja terbelah kepada dua bahagian. Tetapi terpisah menjauhkan diri antara satu sama lain.
ٱقۡتَرَبَتِ ٱلسَّاعَةُ وَٱنشَقَّ ٱلۡقَمَرُ (١) وَإِن يَرَوۡاْ ءَايَةً۬ يُعۡرِضُواْ وَيَقُولُواْ سِحۡرٌ۬ مُّسۡتَمِرٌّ۬ (٢) وَڪَذَّبُواْ وَٱتَّبَعُوٓاْ أَهۡوَآءَهُمۡ‌ۚ وَڪُلُّ أَمۡرٍ۬ مُّسۡتَقِرٌّ۬وَأَنَّكُمْ إِلَيْنَا لَا تُرْجَعُونَ٣    
Telah hampir saat (kedatangan hari kiamat) dan terbelahlah bulan. (1) Dan kalau mereka (kaum musyrik Mekah) melihat sesuatu mukjizat, mereka berpaling ingkar sambil berkata: (Ini ialah) sihir yang terus menerus berlaku. (2) Dan (telah menjadi adat) mereka mendustakan (Nabi Muhammad dan mukjizat-mukjizat yang dibawanya) serta menurut hawa nafsu mereka, sedang tiap-tiap perkara tetap (menurut keadaan yang ditentukan oleh Allah). (Surah Al-Qamar 54: Ayat ke 1-3)
Photo Source: Salamcyber 
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ انْشَقَّ الْقَمَرُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ شِقَّتَيْنِ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اشْهَدُ
"
Dari Abdullah bin Mas'ud  ra,  beliau berkata bahawa bulan telah terbelah dua pada zaman Rasulullah SAW. Dan Rasulullah SAW bersabda, saksikanlah. Hadis riwayat Bukhari dan Muslim. 

Separuh boleh dilihat di sebalik gunung di sebelah kiri dan separuh atau sebahagian bulan lagi dapat disaksikan berada pada sebalik gunung di sebelah kanan dengan keadaan masih bercahaya. Bulan tidak lagi berbentuk bulat sebagaimana lazimnya! Mereka yang menyaksikan dalam antara percaya dengan tidak, hampir-hampir tidak mendengar apabila baginda berkata; “Saksikanlah kejadian ini iaitu sebagai bukti kebenaran mukjizat yang dikurniakan Allah dan risalah kenabian yang Allah amanahkan kepadaku,”
Begitu pun setelah menyaksikan kejadian yang sungguh luar biasa itu pun, kalangan kafir Quraisy tidak menepati janji, mereka tidak mahu mempercayai apa tah lagi untuk menerima dakwah nabi. Sedangkan kejadian bulan terbelah ini memang benar-benar berlaku dan wajib dipercayai. Walaupun ada yang mempertikaikannya kerana bertentangan dengan sains dan akal yang waras namun atas nama mukjizat, kelebihan yang diberikan kepada Rasulullah ia tidak dapat dibuktikan secara saintifik. Sebagaimana kebanyakan mukjizat-mukjizat yang Allah berikan kepada para nabi sebelum Nabi Muhammad.
Ini termasuk mukjizat Nabi Isa a.s yang boleh menghidupkan orang yang telah mati, tiada sesiapa yang dapat pertikaikan lagi. Walaupun pada hakikatnya, yang mati tetap akan mati, tidak mungkin akan hidup kembali. Kejadian bulan terbelah dua ini sebenarnya disaksikan oleh seluruh penduduk Tanah Arab ketika itu malah sebenarnya seluruh semenanjung Tanah Arab termasuk negara-negara lain yang mengalami waktu malam pada hari kejadian tersebut. Tetapi sayangnya, mereka yang meminta supaya ditunjukkan sebarang kejadian luar biasa, akhirnya mereka sendiri tidak mahu percaya walaupun bulan benar-benar telah terbelah di hadapan mata! Kafir Quraisy sangat mengagumi melihatkan kejadian itu tetapi tetap tidak dapat menerima kebenaran risalah yang dibawa oleh Nabi.
Mereka percaya kejadian itu benar, tetapi dituduhnya pula baginda seorang ahli sihir yang berkebolehan untuk membelah bulan tersebut!
Menurut Imam at-Thabari dalam tafsirnya, ketika menafsirkan ayat 1 - 2 surah al-Qamar di atas, menjelaskan bahawa peristiwa terbelahnya bulan telah terjadi ketika zaman Rasulullah SAW ketika beliau masih berada di Makkah iaitu sebelum peristiwa hijrah ke Madinah. Peristiwa  tersebut berlaku ketika musyrikin Makkah meminta bukti kenabian baginda, maka Rasulullah SAW telah mendatangkan kepada mereka bulan yang terbelah dua sebagai tanda dan hujjah betapa benarnya bahawa baginda adalah Rasul utusan Allah.  Malangnya, apabila dibentangkan kepada mereka bukti dan tanda yang jelas, mereka tetap berpaling, menolaknya serta tidak mempercayainya... Malah dikatakan pula, ini semua adalah sihir semata-mata, Muhammad telah meyihir mereka !!!
Seterusnya Abu Nu'aim (دلائل النبوة ) menjelaskan bahawa kafir Makkah mengatakan semua ini adalah sihir semata-mata dan mereka mencadangkan supaya ditanya kepada kafilah-kafilah yang dalam perjalanan ke Makkah, adakah mereka nampak bulan terbelah dua sebagaimana yang dilihat oleh penduduk Makkah. Jika sekiranya mereka nampak  bulan terbelah dua sebagaimana yang dilihat oleh penduduk Makkah, maka Muhammad di pihak yang benar (bukan sihir). Apabila kafilah tersebut sampai di Makkah, mereka berkata bahawa kesemua mereka nampak bulan telah terbelah dua. Jelaslah, memang bulan telah terbelah dua... bukannya sihir Muhamad, tambahan pula, Muhammad takkan mampu menyihir seluruh pandangan manusia (di Makkah dan luar Makkah).
Photo by: ImanDaud 
Dari Qatadah, beliau telah mendengar Anas berkata bahawa bulan telah terbelah pada zaman Rasulullah SAW:
عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ جُبَيْرِ بْنِ مُطْعِمٍ عَنْ أَبِيهِ قَالَ انْشَقَّ الْقَمَرُ عَلَى عَهْدِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَتَّى صَارَ فِرْقَتَيْنِ عَلَى هَذَا الْجَبَلِ وَعَلَى هَذَا الْجَبَلِ فَقَالُوا سَحَرَنَا مُحَمَّدٌ فَقَالَ بَعْضُهُمْ لَئِنْ كَانَ سَحَرَنَا فَمَا يَسْتَطِيعُ أَنْ يَسْحَرَ النَّاسَ كُلَّهُمْ
Dari Muhammad bin Mut'im dari ayahnya, beliau telah berkata bahawa bulan telah terbelah pada zaman Nabi SAW sehingga menjadi dua bahagian, sebahagiannya di atas gunung ini dan sebahagiannya di atas gunung ini, mereka berkata kita telah disihir oleh Muhammad dan berkata sebahagian drp mereka, sekiranya Muhammad telah menyiihir kita, sudah tentu dia tidak mampu untuk menyihir seluruh manusia. Hadis riwayat Tarmizi.

Wednesday, March 9, 2011

The Exam

Assalamualaikum..


   During the exams this week, I manage to control my brain. Haha.. usually I can't make myself calm when I'm nervous and agitated.. now I can..!!^^ Yeah! Alhamdulillah. I just have to focus my sight to something, then, automatically I will feel sleepy and I will close my eyes until I feel calm^^


   I think I will get a better result for this exam, Insha-Allah. During exam, some of my classmates really annoying,they were cheating!.. I'm sure if Ustazah know this,she will really becomes upset. Ustazah always advice us not to cheating in exams or even lying to anyone, BE HONEST!!


   Today Aidil and I read teacher Azlina's kinda.. diary? hehe.. she wrote that on a paper..
It's about her favourite pen which is missing..hehe..pity for her.. and.. I HOPE MY ENGLISH MARKS WOULD INCREASE!!!!


   Guess what.. teacher asked Aidil and I.. "are you couple?" haha.. I couldn't believe she asked that.. of course not~!@_@... I thought that Aidil likes Azza..haha.. because Azza actually likes him too.. But I'm confused since Azza like many guys in the school.. and sometimes she went so crazy about it.. =.="..


   Tomorrow it is Arabic exam.. I hope I wouldn't fail again... I don't care what would I get for the B.A.. as long as I pass!!!!!^^ . Today,I don't know why I'm looking for this person..... I'm not sure why, I just looked for him everywhere,maybe I just wanted to thanked him..Well, I don't know.. But seeing this little boy always makes me smile.. haha.. Yeah, I think he is a special person..? O.o?haha because I feel something different about him.. yeah2.. Or..maybe I scared that he would become a bully's victim.. *____*


    wAsSaLLaM^^


   


   


   

Tuesday, March 8, 2011

I'm Back!^^

Assalamualaikum..


   This is my first post for this week.. There's exam,that's why I'm not posting^^hehe.
This week there's a lot of stories that leave me something I keep thinking about..


First of all, I heard this X girl was trying to commit suicide.. But I don't think it was true after I heard something from Naili. Well,she is Naili's best friend.. Naili cried today after knew the real story. But I don't know... 


   The second one is Kak Aza going to Umrah^^ hehe.. I was touched when heard it from kak Syerah.. TT.TT I can't met her.... But I hope the best from her~! Hwaiting!!

      The third one,which happened yesterday,.. it was like this.. that time I was walking from the 'tapak perhimpunan'.. and of course it was after the morning assembly. I walked with Naili,but I think she doesn't realized what had happened to me behind her.. Well, there were some form 1K2 boys walked in front of me, then, one of them let go a insect that I really dislike, 'riang2' which was in his pocket earlier, I saw that thing flew towards me, so I tried to stay away from it, that time Naili already far away from me, so I was alone. Then, that riang2 went to my tudung which is near my armpit. But NOT SO NEAR LAH!!.it's about at my right side of tudung,it was in front of course.. I don't know what happened,but I 'selak sikit' my tudung and tried to pick that thing away,of course I'm actually tak sanggup,but try lah.. since before I once bravely hold it to cover my embarrassed during latihan watikah..hehe.. 


   Then, one of the boys,or the boy who let that thing go friend kinda saw it? he ran quickly towards me and said .. "Kak2, ada riang2 kat baju kakak tu!!mari saya tolong ambik".. haha  so,that boy picked it for me..I was like.. macam separuh sedar je, and forget to thank him.. haha.. I admit that that boy is so nice and handsome too. The, on the same day I found out that he is my friend's brother.. Najihah said he really a nice person^^..  I hope there would many people who nice like him..


   HAHA^^ Wassalam...

Tuesday, March 1, 2011

Tha'labah : Kisah Pemuda Bercita Syurga

Assalamualaikum, saya teringat pula kisah Tha'labah, seorang pemuda yang bercita-cita mendapatkan syurga...


Pernahkah saudara mendengar tentang kisah Ta'labah? Salah seorang daripada para sahabat Nabi S.A.W. Seorang pemuda yang punya misi dan visi yang sangat agung.
Seorang remaja yang begitu hebat di zaman Rasulullah S.A.W. Namanya Tha'labah bin Abdul Rahman, seorang remaja berusia 17 tahun. Setelah memeluk Islam, beliau selalu mengikut Rasulullah S.A.W mengajar. Jika Rasulullah berhajatkan sesuatu, Rasulullah S.A.W akan khabarkan kepada Ta'labah.
Suatu hari Rasulullah menyuruh Tha'labah mencari sesuatu. Ketika dalam perjalanan mencari barang yang Rasulullah hajati itu, Tha'labah telah melalui sebuah rumah yang pintunya terbuka. Angin yang bertiup membuatkan pintu tandas rumah tersebut juga terbuka, dan ketika itu Tha'labah terlihat akan seorang perempuan yang sedang mandi.
"A'uzubillah! Ya Allah aku takut nanti malaikat Jibril memberitahu kepada Rasulullah S.A.W! Ya Allah, aku takut turunnya ayat quran yang menyenaraikan aku dalam golongan orang yang berbuat dosa! Ya Allah..."
Rintihan Tha'labah
Dia merintih sehingga dia lupa akan barang yang dipesan oleh Rasulullah S.A.W. Dia melarikan diri dan terjumpa satu bukit di pinggir Madinah yang dipuncaknya ada sebuah gua. Tha'labah masuk ke dalam gua tersebut dan asyik menangis. Tha'labah menangis dan menangis, beliau kesal amat dengan dosanya.
Pada masa yang sama, Rasulullah S.A.W menanti kepulangan Tha'labah beberapa hari namun Tha'labah tidak kunjung tiba. Lalu Rasulullah S.A.W mengarahkan Saidina Umar RA untuk mencari Tha'labah dan beliau terjumpa Tha'labah di tempat dia bersembunyi di puncak bukit.
Umar berkata "Tha'labah, Rasulullah mahu berjumpa kamu."
"Kenapa? Sudah turunkah ayat al-Quran tentang dosaku, sudah beritahukah Jibril kepada Rasulullah, aku tidak mahu masuk neraka, aku tidak mahu masuk neraka." Kata Tha'labah dalam ketakutan yang amat sangat.
Oleh sebab Tha'labah sudah tersangat lemah, Saidina Umar RA memimpinnya pulang ke rumah. Apabila Rasulullah SAW menziarah Tha'labah, Tha'labah sedang terlentang lalu Rasulullah SAW meriba kepala Tha'labah.
Tetapi Ta'labah mengetepikan kepalanya. Rasulullah bertanya, "kenapa wahai Tha'labah?"
"Wahai Rasulullah, kepala yang penuh dosa ini tidak layak untuk berada di ribamu," kata Tha'labah.
"Apa yang kamu mahu Tha'labah?"
"Ya Rasulullah, aku mahukan keampunan Allah"
Cita-citanya hanya Syurga
"Apa cita-cita kamu wahai Ta'labah?"
"Cita-cita aku hanya syurga Allah. Tolonglah doakan moga Allah mengampunkan dosa-dosaku."
Lalu Rasulullah s.a.w berkata, "wahai Tha'labah aku menjamin kepadamu apa yang kamu mahu dan cita-citamu. Inilah bukti taubatmu."
Tidak lama selepas itu, Tha'labah menghembuskan nafasnya yang terakhir di riba Rasulullah SAW.
Ketika mayat Tha'labah siap dikafan dan tiba masa untuk dikebumikan, Rasulullah SAW datang agak lewat ketika itu. Para sahabat membuka jalan kepada Rasulullah untuk rapat ke kubur Tha'labah. Tetapi Rasulullah berjalan merapati kubur Tha'labah dalam keadaan berjalan yang perlahan, dan seperti tersekat-sekat.
Sahabat-sahabat bertanya, "wahai Rasulullah, kami telah membuka jalan, mengapa Rasulullah berjalan dengan tidak selesa?"
Rasulullah menjawab, "kamu tidak dapat melihat betapa ramainya malaikat yang hadir menghantar Tha'labah ke kubur."
Itulah kisah hidup seorang remaja hebat bernama Tha'labah. Betapa takutnya beliau dengan azab Allah SWT walaupun beliau tidak sengaja terpandang perempuan yang sedang mandi itu. Begitu malu bertemu Rasulullah, begitu mengharap keampunan Allah SWT, dan akhirnya menhembus nafas yang terakhir di ribaan insan mulia bernama Muhammad bin Abdullah, dan jasadnya diiringi malaikat ke kuburan. Subhanallah!
Lihat diri kita. Apakah kita menyesal dan bertaubat setelah berbuat dosa yang sengaja? Apakah kita sedar, dan menyesal serta bertaubat setelah berbuat dosa yang tidak sengaja?
Tepuk dada, tanya iman. Moga Allah SWT mengampunkan dosa-dosa kita.